Selamat menyambut bulan Ramadhan. Esok umat Islam di Malaysia akan mula menjalani ibadah puasa.

Semoga tahun ini akan menjadi bertambah baik dari tahun sebelum nya.

Selamat hari jadi untuk anak ku Normaizura yang menyambut hari lahir ke 29 pada hari ini.
Semoga sihat dan jadi wanita solehah ,taat pada suami, menjadi ibu yang penyayang pada anak. anak yang baik pada kedua ibu bapa dan juga kedua ibu bapa mertua. Berjaya dalam cita cita dan kerjaya.


Hari ini masuk hari ke 5 aku dan Yana menjaga Zara yang tak sihat. Tapi hari ini dan semalam dah bertambah baik. Minum susu dan makan pun dah bertambah ,alhamdullah. Nampak ketara perubahan Zara dari lemah tak bermaya ,sekarang dah cergas.

Kakak ku yang sakit tempoh hari pun dah disc dari hospital. Sekarang kakak ada di Melaka rumah anak nya.
Kakak pun dah semakin sihat . Alhamdullah.

Pagi tadi ada berita sedih yang di terima, iaitu suami pada seorang kawan ku meninggal dunia.
tempoh hari jiran setama tempat ku tinggal meninggal dunia .
Hanya Alfatehah yang dapat ku sedekahkan kepada roh mereka, dan semoga ditempatkan bersama orang2 yg beriman.

Sejak akhir2 ni, macam2 hal berlaku dalam keluarga ku. ada gembira, sedih dan macam2 lagi.

mula mula menantu aku yang sulong patah kat atas tapak tangan kanan nya semasa main futsal.
sebelum itu ,cucu ku yang ke3,Zara Afina sakit,masuk wad.Lepas itu menantu yang sulong tadi dan anak sulong nya,iaitu cucu sulong ,Zarif pula demam.

Lepas tu,cucu ke 2, Nasya pula demam. Aku risau sebab,sekarang kan tengah sibuk dengan H1N1.
Hari ni Uda pula mc 2 hari. Batok n demam. Risau lagi la aku. Sebab dia yang uruskan hal anak anak sejak suami nya cedera .Penat pun ia lah juga tu!

Tengahari tadi Mai pula sms , sakit belakang dia datang semula. Dulu dia pernah jatuh terduduk ,harap harap tak da apa apa terjadi.Dia perlukan physiothraphy. Mai ni lagi banyak tanggungjawab nya. Semua nya dia buat sendiri. Macam superwoman. Kesihatan sendiri kena jaga.

Ya Allah , lindungi lah anak anak ku dari kena sakit . Beri lah mereka kesihatan yang baik. Mereka masih muda lagi ,begitu juga cucu cucu ku yang masih kecil tu.
Ini semua ada lah dugaan dari NYA. Kami redha ya allah.

Dan hari ini juga kakak ku yang baru lepas melangsungkan perkahwinan anak nya ,di masukkan ke wad di hospital Melaka ( Hospital Putra )
Kakak demam dan tak da selera makan dah 3 hari. Kesian kakak !

Aku rasa sungguh sedih!

Tadi ,suami ku baru balik dari meeting kat KL,kata nya kaki nya cramp masa tengah mesyuarat!
Dia ada Rh.athritis. Sakit tu datang off n on.
Ini yang membuatkan aku bertambah tambah risau dan sedih.

Ya Allah ,kami terima semua dugaan demi dugaan yang datang dari mu.

Sama sama kita berdoa agar kesihatan mereka semua bertambah baik. AMIN !

Tanggal 1ogos, tarikh perkahwinan Ahmad Nazman. Siapa kah dia ?

Dia ada lah anak saudara ku . Anak kakak aku. Bekas Pengetua Sek. Tun Aminah ,BatuPahat.

Kenapa ? sebab akhir nya impian nya tercapai . Berkat kesabaran nya menunggu bertahun tahun .. akhir nya jodoh mereka di makbulkan Allah.

Banyak halangan yang di hadapi Ahmad Nazman ni , dan kini Sharifah Fatimah menjadi milik nya. syukur alhamdullah.

Aku yang bukan mak pengantin pun sampai tidur tak lena, makan tak lalu, sebab nya, sibuk nak menyiakan cup cake untuk di beri sebagai sumbangan di majlis perkahwinan itu.
Asal nya kakak kata nak dalam 300 paket., tapi cuma dapat siapkan 206 paket aja.
( semua nya dalam 300 biji ). sebab ada yang dlm packet tu di isi 2 biji. Hanya sebuku cake marble strawberry saja yang dapat ku buatkan untuk kakak . Kira macam promosi juga !
Tidur pun asyik mimpi buat cup cake ! ha..ha..... ngalahkan mak pengantin !

Kat majlis tu tugas aku ia lah mengisi nasi berkat untuk saudara mara, kawan kakak, adik beradik . Tugas ni memang aku volenteer tiap kali bila dia buat majlis kahwin. Tugas lain aku tak larat, sebab kena jalan sana sini, yang memang tak mampu dengan keadaan aku yang mudah tercungap cungap macam ikan tak dapat air ! BILA DAH KEPENATAN AJA !

Ini ada lah majlis perkahwinan terakhir anak kakak . tapi ni anak ke 3 dia. lambat sebab sabar menunggu anak pak arab. Tahniah Ahmad Nazman! Berbaloi baloi ! semua kata muka macam Farid Kamil ! berseri seri sepanjang majlis, ialah dah dapat buah hati kan !

Kakak aku yang kat Pontian masak lauk pengantin, lauk untuk makan berdamai ( kata orang Johor) . bab masak memasak ni memang dia terror !

Seorang anak saudara ku , Azhar nama nya, dilantik spontan sebagai MC. Memang itu lah tugas nya sekarang ! sebagai free lance MC ,dan berbaga bagai jawatan lagi. Dulu dia bekerja di Johor Coop. Memang berbakat ! aku booked dia untuk next year ! tak tau bila ! booked tahun aja !
Memang meriah majlis ni. Maklum lah dapat jumpa sanak saudara yang dah lama tak jumpa.

Tapi cuma seorang aja abang aku yang dapat datang, yang 2 abang tak datang , sebab nya hanya tuhan aja yang tahu ! . Bukan senang nak jumpa adik beradik ni kan, kalau tak di majlis kenduri kendara macam ni ! so kalau tak da halangan yang memang tak bolih nak di elakkan , cuba lah datang , kita tak tahu , mungkin itu kali terakhir kita dapat jumpa. Saja saja nak datang tanpa sebab ,sampai kucing bertanduk pun tak kan datang kan ! Jadi fikir fikir kan lah.

Kepada kakak , tahniah sebab dah berjaya menjadi ibu mithali, berjaya mendidik anak hingga ke menara gading, berjaya hingga mereka menempuh gerbang perkahwinan,walaupun sebagai seorang balu, tapi kau dapat melakukan nya sendirian, tanpa suami di sisi ! dan kepada anak anak saudar ku hargai lah pengorbanan yang mak awak dah buat selama ini. Tahniah che gu Jamiliah yang sentiasa tabah dalam menghadapi apa juga rintangan !

Pengorbanan dan kasih sayang seorang yang bernama ibu tiada noktah nya.



syukur alhamdullah, hari ini meningkat setahun lagi usia yang .......

sedih, terharu, takut, semua nya ada dalam hati ini.

sedih dan takut sebab dah sampai kepenghujung senja hidup ini, yang kita tak tahu bila2 saja akan di jemput NYA.

Takut, sebab mengingatkan amalan2 yang tak seberapa yang telah di buat untuk bekalan menghadapi NYA. Sebagai hamba nya kita hanya mampu berdoa dan beramal sebaik mungkin agar di terima amalan kita.

Terharu dan rasa sebak , sebab semalam,2hb ogos ,anak2 ku telah bersusah payah meraikan sehari lebih awal hari lahir ku. Mereka telah sepakat memasak untuk lunch. kami makan bersama sama dalam suasana yang cukup santai.

kasih sayang dari mereka, menantu ,cucu cucu, dan yang suami tercinta ada lah hadiah yang amat bernilai bagi diri ini.

Tiada kata yang dapat ku ucap kan ,selain mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih di beri kesempatan meraikan hari yang penuh bermakna bersama keluarga.

Terima kasih anak anak. Mak sentiasa mendoakan kamu semua supaya sihat ,murah rezeki, dan yang dah berkeluarga, agar berkekalan hingga akhir hayat dan mempunyai cucu cucu yang sihat dan cerdik.

Jangan lupa sentiasa mengingati allah ,mendirikan solat, walau sesibuk mana pun kita.

Allah sentiasa murahkan rezeki hamba nya, jika kita sentiasa ingat pada nya.

IBU BAPA jangan di lupa, kerana mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan anak anak setiap detik dan ketika.

Sekali lagi terima kasih pada suami tersayang, uda ,mai, rai, wan, yana, shahrul, nazrul, dan cucu cucu yang comel, zarif , nasya dan zara. Moga Allah berkati hidup kamu semua.

lama tak menulis diruangan ni. banyak idea, tapi tak sempat ? eh.. macam busy sangat !

hari ni ada 2 wedding yang aku pergi. satu tu bekas cikgu masa sekolah menengah dulu.
satu lagi kawan masa kerja.
baru 2 tempat pergi makan , perut dah tak larat nak makan lagi.

minggu lepas, ada lah minggu yang agak cemas sikit sebab cucu masuk wad.
budak budak kecil ni senang aja kena jangkitan paru paru.

teringat masa anak anak masa kecil dulu, kalau lepas mandi, habis vick ku sapu kat dada, tapak kaki.belakang badan, betis. ini tujuan nya supaya dia tak rasa sejuk, tak kembung perut,dan tak mudah kena batuk selsema.

amalan amalan ini ku buat berterusan hingga lah bila ku rasa mereka dah tak memerlukan nya lagi.

ini semua ku pelajari dari arwah ibu. dia sangat menjaga tentang petua petua ni,contoh nya bila hari hujan, pakaikan budak budak tu setokin, mandi sebelum masuk waktu magrib, dan jangan biarkan anak kecil berembun menjelang senja. semua tu ada hikmah nya.

amalan orang lama ni sebenar nya ada logik nya. tapi kita tak tau lah kalau orang muda muda sekarang nak ikut ke tidak. tepuk dada tanya selera.

satu lagi tentang disiplin, macam yang bapa mertua ku buat dari dulu, dia kalau nak sarapan pagi, kol 7 pagi ,mesti dah siap ! lunch lak kol 12 tgh.

tapi kalau kita fikir fikir semula, ada logik dan baik nya. bangun pagi ,lepas solat suboh, kita cepat cepat ke dapur. tak da lah nak tergolek lagi kat atas katil kan , suboh entah ke mana !

macam kata PM kita , tiap tiap satu kerja tu mesti ada penanda aras nya.
tiap satu kerja yang nak di buat , mesti kita dah plan dari malam sebelum nya, contoh nya, sebelum tidur fikir esok nak buat breakfast apa, dan bla ......tapi kekadang tu idea datang sepontan aja pepagi kan !

Allah bagi kita masa 24 jam, jadi kita sebagai hamba nya yang kerdil ni , kena pandai bagikan masa tu

masa tidak menunggu kita, tapi kita kena cari masa yang terluang !
minggu lepas juga kami tak jadi ke KL. suami sakit, penyakit Rh. athritis nya datang off n on.
tak pa, ada hikmah nya tak jadi pegi, sebab cucu yang kecil masuk wad.
lagi pun anak yang kat KL balik kampung, dapat la main main ngan cucu cucu.

hari ni macam terasa nak buat cake, tapi penyakit M yang lebih banyak , tengok la macamana lepas ni...

Pagi tadi selepas solat suboh ,aku terus mengeluarkan butter dari fridge. Sejak semalam aku dah beritau Huda n Yana nak buat surprise untuk abah dia. Nak buat kek coklat yang berkrim coklat dan dihiasi dengan buah strawberry. Ialah sejak kebelakangan ni aku rajin mencuba resepi2 dari internet.
Tapi betul kata orang, kita merancang , Tuhan menentukan. Semua nya berubah ! Selepas sarapan pagi tadi, kami menerima tel. dari Kesang mengatakan my FIL jatuh! Pening kepala dia datang lagi.
Nasib baik adik ipar ku masih ada di kampung. Kalau tak ..tak dapat kami nak membayangkan apa akan ierjadi !
Mereka berjaya memujuk FIL datang ke BP ! . Terima kasih Rashid n Juanis.
DAN... AKHIR...nya.. FIL...telah di masukkan ke hospital Pantai. Depan rumah aja. Lega...
Jadi dapat lah kami menjaga MIL yang juga tak sihat. syukur alhamdullah !

Itu lah cerita nya. Tak apa lah ,sekurang kurang nya anak anak ku yang tinggal berjauhan tak lupa menelephone ayah mereka , dan terima kasih Huda n Shahrul. Dan juga terima kasih Zarif yang menyampaikan hadiah dan yang juga telah membocorkan rahsia beli hadiah untuk Tok Tip dia dari malam tadi. TAK GENG LA ZARIF !

Akhir nya apa yang kami bimbang selama ini berlaku !

Petang Jumaat yang lepas kami pulang ke Kesang ,sebab my FIL tiba tiba pening kepala.
kami bertiga smapai lebihkurang jam 8.30 malam.
sebelum tu kami sempat pekena me bandung n kueteow goreng kat Muar.

Kami bawakan juga me hoon sup utk kedua mertua ku, tapi biasa la alasan yang di beri, mereka dah makan. Kadang kadang tak faham juga ya cara mereka, jamah lah sikit apa salah nya kan. last last yang makan yana la. nak menggemokkan badan !

Malam tu ok aja FIL aku. Pening dia dah hilang. Tapi sempat dia bersyarah kat hubby akan hal.....
nasib baik aku dengar sikit aja, sebab tiba aja aku terus solat isyak n qadha solat magrib.
Kami dengar n dengar aja.... no comment!
silap cakap atau menyampuk parah di buat nya.

Yana biasa la ,memerap kat bilik, takut juga kena leter.

Esok pagi ,semasa breakfast ,my FIL mengadu pening lagi.so kita rancang membawa nya keklinik semula. sebelum tu suami ku kepasar bersama Yana, sebab FIL kata nak makan rojak.

Aku sebenar nya tak berapa pandai bab rojak rojak ni. tapi cuba juga utk memenuhi keinginan nya . Semasa makan, sempat dia tanya ,ni rojak apa? aku terkejut juga, dlm hati tertanya tanya ,tak sedap ke? aku jawab ,rojak petis. MIL aku kata lain orang lain cara buat nya. kata nya lagi, ada yang letak bijan, keledek. Oh ..itu asmara rojak ..suami ku sibuk jawab . eh..asma rojak la ,aku membetulkan cakap nya. Alahai FIL , cakap la awal awal ,senang aku buka internet. kebetulan Yana ada bawa BEROK band ! dia , TAPI VERY VERY SLOW. Apa apa pun satu bab dah lepas.

Lepas balik dari klinik my FIL nampak ok sikit. Rupa nya kat kelinik pun dr. yang merawat nya kena marah! Selalu nya dr. yang marah pesakit sebab tak makan ubat!
Petang tu dia suroh kami balik cepat.
Pagi Ahad,selepas solat suboh ,tel. berdering,hati aku dah berdetik, ada apa apa ke ?

Kedengaran suara MIL aku tersekat sekat , bak tak bolih bangun, kepala dia berpusing pusing !
Aku beritahu MIL supaya tenang, jangan gelabah, suroh kedua nya relax ,hingga kami sampai. Aku jga suroh dia watkan susu utk FIL.

Dalamasa yang sama aku menyiapkan pakaian suami, sebab dia solat kat mesjid pagi tu.
Kebetulan uda ada kat rumah aku.

Jam 7 suamiku balik dari mesjid, n tanya aku, nak kemana ? aku relax aja beritahu apa yang berlaku. Masa tu tel. berdering lagi, kali ni hubby pula yang jawab, dia macam terperanjat...
Rupa nya MIL pula jatuh ,semasa nak buka gate.

Kami bergegas balik dengan penuh debaran...semasa dalam perjalanan aku sentiasa berdoa semoga kami selamat sampai ...sebab faham aja ..macam macam bolih berlaku , samada kami atau yang di sana.

Sempat beli nasi lemak ,dan syukur alhamdullah ,my SIL yang di Melaka dah sampai dahulu.

FIL sedang dok tersandar sambil memejamkan mata,yang kesian MIL, dengan lutut bengkak, ibu jari kaki kanan luka berdarah, dua tapak tangan luka, n sakit di bahagian rusok. Kami bimbang kalau MIL mengalami fracture di mana mana anggota nya. Nasib baik dia bolih bangun n berjalan.
Kedua nya di bawa kehospital.
FIL kena admit kat hospital ! kesian dia, tapi tak apa ,mudah mug=dahan cepat sembuh.
Aku di rumah memulakan operasi memasak bersama biras aku yang baru sampai dari JB. Aku tak masak, tolong tengok aja ha...ha... biras aku ni pandai masak macam macam ..
Kalau tidak, hari sabtu aritu dia dah masakkan LAKSA JOHOR utk FIL. sebab turn dia balik, tapi atas sebab sebab yang dia sendiri pun tak faham dan kami pun confuse..mereka tak jadi balik !
tapi akhir nya balik juga ! kesian dia orang , dan anak nya tu lah yang stay kat Kesang jaga mereka. Tuhan tu maha kaya , orang yang kita marah marah tu la yang jaga masa kita sakit.
Harap kita tak macam tu bila dah tua ..eh... dah tua pun ... moga jadi panduan dan iktibar .

Dengan cucu cucu pun kita tak bolih pilih kasih , mesti sayang sama rata.

Bila kita sakit nanti, cucu pun tak nak duduk jaga kita.

Mesti ada belaian kasih sayang pada cucu cucu, sebab kekadang mereka sesekali balik nak manja manja, tapi asyik kena ceramah, itu tak bolih , ini tak bolih. Masa kecik kecik dulu, pernah mereka tinggal kat kampung dengan sepupu yang lain, ada lah seorang tu tertendang bola kat cermin tingkap, pecah ! apa lagi , marah , siap soh ganti ! ada ke patut ! masa tu budak budak kan , memang la lasak ! ish ! tak faham ! Sekarang mereka semua dah besar, tapi kenangan pahit semasa kat kampung tetap di ingat, apa apa pun kita sebagai ibu bapa kena sentiasa mengingatkan mereka supaya jenguk jenguk atuk mereka tu walaupun tak berapa mesra.

Harap FIL cepat sembuh n keluar hospital segera, sebab Sabtu ni ada khenduri di rumah nya, mudah mudahan ! semoga semua nya dapat berkumpul, buang yang keruh ambil yang jernih !