cerita sedih

Sejak akhir2 ni, macam2 hal berlaku dalam keluarga ku. ada gembira, sedih dan macam2 lagi.

mula mula menantu aku yang sulong patah kat atas tapak tangan kanan nya semasa main futsal.
sebelum itu ,cucu ku yang ke3,Zara Afina sakit,masuk wad.Lepas itu menantu yang sulong tadi dan anak sulong nya,iaitu cucu sulong ,Zarif pula demam.

Lepas tu,cucu ke 2, Nasya pula demam. Aku risau sebab,sekarang kan tengah sibuk dengan H1N1.
Hari ni Uda pula mc 2 hari. Batok n demam. Risau lagi la aku. Sebab dia yang uruskan hal anak anak sejak suami nya cedera .Penat pun ia lah juga tu!

Tengahari tadi Mai pula sms , sakit belakang dia datang semula. Dulu dia pernah jatuh terduduk ,harap harap tak da apa apa terjadi.Dia perlukan physiothraphy. Mai ni lagi banyak tanggungjawab nya. Semua nya dia buat sendiri. Macam superwoman. Kesihatan sendiri kena jaga.

Ya Allah , lindungi lah anak anak ku dari kena sakit . Beri lah mereka kesihatan yang baik. Mereka masih muda lagi ,begitu juga cucu cucu ku yang masih kecil tu.
Ini semua ada lah dugaan dari NYA. Kami redha ya allah.

Dan hari ini juga kakak ku yang baru lepas melangsungkan perkahwinan anak nya ,di masukkan ke wad di hospital Melaka ( Hospital Putra )
Kakak demam dan tak da selera makan dah 3 hari. Kesian kakak !

Aku rasa sungguh sedih!

Tadi ,suami ku baru balik dari meeting kat KL,kata nya kaki nya cramp masa tengah mesyuarat!
Dia ada Rh.athritis. Sakit tu datang off n on.
Ini yang membuatkan aku bertambah tambah risau dan sedih.

Ya Allah ,kami terima semua dugaan demi dugaan yang datang dari mu.

Sama sama kita berdoa agar kesihatan mereka semua bertambah baik. AMIN !

3 comments:

    !Nt4N said...

    semoga keluarga moksu sembuh drpd sebarang penyakit..amin

  1. ... on August 12, 2009 at 9:41 AM  
  2. Sweet said...

    smerk pon sakit2 ke. adeih.

  3. ... on August 12, 2009 at 7:01 PM  
  4. Atuk said...

    Eh ..eh latarbelakang gambar mai tu macam kenal aje... macam aku dah pg tempat tu , tapi di mana ye...

  5. ... on September 5, 2009 at 9:48 AM