Manusia di jadikan Tuhan dengan bermacam ragam.
Ada kaya, miskin, cukup sifat,OKU,dan macam2 lagi.
Perangai manusia pun bermacam macam.

Ada baik,pemarah. penyabar,penyayang,dengki, iri hati dan macam macam lagi.
Kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini patut bersyukur dengan apa yang di kurniakan Tuhan kepada kita.

Ada orang langsung tak makan seharian,ada pula yang tak ada rumah ! Tinggal di hutan, ingat tak dalam keratan akhbar beberapa bulan yang lepas cerita manusia tinggal di hutan, bawah jambatan dll.

Sakit juga ada bermacam macam jenis. Sakit, jantung, sakit lutut, darah tinggi, darah rendah,cancer,sakit hati, hati sakit,dan macam macam lagi.
Tapi selagi kita masih bolih makan,minum,sembahyang,berjalan walaupun perlahan,kita patut bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kita untuk hidup.

Cuma ada satu penyakit dalam dunia ini yang aku tak suka,iaitu penyakit busybody.

Kita ni kadang kadang ada cara kita sendiri untuk menjaga rumahtangga kita
.
Bila keadaan dalam rumah di wawarkan pada orang lain,rasa macam tak best kan !
Biarkan kami dengan cara kami ,asal tak melanggar hukum Tuhan.
Ini sekadar coretan saja,tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang dah tiada.

26hb Disember sebenar nya hari lahir suamiku yang ke 61 tahun. Selamat panjang umur,murah rezeki dan ditetapkan iman.

Kami meraikan bersama anak yang kebetulan balik bercuti sempena krismas.
Makan2 kat luar.Aku buatkan kek aja sebab hari ni ada 2 wedding yang kami kena pergi.
Apa apa pun memang enjoy !


Yana pula sponsor kek dari SR. Wah! kaya yana !

Ini la foto foto dan aksi yang sempat di ambil sempena hari lahir suamiku dan juga hari lahir Rai yang jatuh pada 20 hb yang lepas.

Homemade cake especially for hubby and everyone


Cake from SR fully sponsored by yana


Father and daughter




Hadiah hari jadi kali ini anak anak belikan
abah dia hp!!

Hari ni 3 anak ada kat rumah. Malam tadi kol 1 pagi wan dan Rai sampai dari KL.
Uda dan Mai pergi PD dengan mertua masing2. Yang ada ni yang bujang2 aja.

Breakfast tadi Wan n Rai belanja nasi lemak.

Menu lunch aku masak ayam masak padang.Sedap!
Petang tadi hujan turun dengan lebat nya.Tak dapat pergi rumah kakak kat Rengit.
Apa yang bolih di buat dalam hujan , so aku tidur untuk melepaskan penat.

Dinner aku goreng kue tiow, sebab lauk lunch tadi dah tinggal sedikit.

Dalam sibok menggoreng me teow, sempat aku membakar kek marble cis coklat untuk esok !
Esok ada apa ya ? tunggu !
OK .esok sambung cerita lagi ya !

Lama dah tak update blog ni.
Hari ni ada mood sikit.

Siang tadi aku dan suami puasa sunat akhir bulan zulhijjah,dan esok insyallah sambung puasa sunat awal Muharram.

Agak letih juga hari ni kerana menyiapkan tempahan blueberry cistat oder dari regular customer aku.
Jenuh gak nak menghabiskan 200 biji cistart ni.

Apa apa pun rezeki jangan di tolak ! Tapi ni sekadar isi masa lapang aja.
Ada order aku buat,tak da ,tak apa.

Diam tak diam dah setahun masa berlalu.Banyak suka duka berlaku pada tahun ini.
Moga menjelang awal tahun Muharram esok ,mudah2an hidup kita di berkati Allah,sihat dan ditetapkan iman agar menjadi insan yang lebih baik dari semalam.Amin !

Untuk anak2, harap bertambah rezeki, lebih mendekati lagi diri pada Allah kerana Dia amat mendengar segala permintaan hamba nya.


BEFORE



AFTER