Tanggal 1ogos, tarikh perkahwinan Ahmad Nazman. Siapa kah dia ?

Dia ada lah anak saudara ku . Anak kakak aku. Bekas Pengetua Sek. Tun Aminah ,BatuPahat.

Kenapa ? sebab akhir nya impian nya tercapai . Berkat kesabaran nya menunggu bertahun tahun .. akhir nya jodoh mereka di makbulkan Allah.

Banyak halangan yang di hadapi Ahmad Nazman ni , dan kini Sharifah Fatimah menjadi milik nya. syukur alhamdullah.

Aku yang bukan mak pengantin pun sampai tidur tak lena, makan tak lalu, sebab nya, sibuk nak menyiakan cup cake untuk di beri sebagai sumbangan di majlis perkahwinan itu.
Asal nya kakak kata nak dalam 300 paket., tapi cuma dapat siapkan 206 paket aja.
( semua nya dalam 300 biji ). sebab ada yang dlm packet tu di isi 2 biji. Hanya sebuku cake marble strawberry saja yang dapat ku buatkan untuk kakak . Kira macam promosi juga !
Tidur pun asyik mimpi buat cup cake ! ha..ha..... ngalahkan mak pengantin !

Kat majlis tu tugas aku ia lah mengisi nasi berkat untuk saudara mara, kawan kakak, adik beradik . Tugas ni memang aku volenteer tiap kali bila dia buat majlis kahwin. Tugas lain aku tak larat, sebab kena jalan sana sini, yang memang tak mampu dengan keadaan aku yang mudah tercungap cungap macam ikan tak dapat air ! BILA DAH KEPENATAN AJA !

Ini ada lah majlis perkahwinan terakhir anak kakak . tapi ni anak ke 3 dia. lambat sebab sabar menunggu anak pak arab. Tahniah Ahmad Nazman! Berbaloi baloi ! semua kata muka macam Farid Kamil ! berseri seri sepanjang majlis, ialah dah dapat buah hati kan !

Kakak aku yang kat Pontian masak lauk pengantin, lauk untuk makan berdamai ( kata orang Johor) . bab masak memasak ni memang dia terror !

Seorang anak saudara ku , Azhar nama nya, dilantik spontan sebagai MC. Memang itu lah tugas nya sekarang ! sebagai free lance MC ,dan berbaga bagai jawatan lagi. Dulu dia bekerja di Johor Coop. Memang berbakat ! aku booked dia untuk next year ! tak tau bila ! booked tahun aja !
Memang meriah majlis ni. Maklum lah dapat jumpa sanak saudara yang dah lama tak jumpa.

Tapi cuma seorang aja abang aku yang dapat datang, yang 2 abang tak datang , sebab nya hanya tuhan aja yang tahu ! . Bukan senang nak jumpa adik beradik ni kan, kalau tak di majlis kenduri kendara macam ni ! so kalau tak da halangan yang memang tak bolih nak di elakkan , cuba lah datang , kita tak tahu , mungkin itu kali terakhir kita dapat jumpa. Saja saja nak datang tanpa sebab ,sampai kucing bertanduk pun tak kan datang kan ! Jadi fikir fikir kan lah.

Kepada kakak , tahniah sebab dah berjaya menjadi ibu mithali, berjaya mendidik anak hingga ke menara gading, berjaya hingga mereka menempuh gerbang perkahwinan,walaupun sebagai seorang balu, tapi kau dapat melakukan nya sendirian, tanpa suami di sisi ! dan kepada anak anak saudar ku hargai lah pengorbanan yang mak awak dah buat selama ini. Tahniah che gu Jamiliah yang sentiasa tabah dalam menghadapi apa juga rintangan !

Pengorbanan dan kasih sayang seorang yang bernama ibu tiada noktah nya.



1 comments:

    Atuk said...

    Wah buat cerpen awak yee.. terima kasihlah kerana menSponser kek2 yang sedap tu sampai mak pengantin ni tak dapat pun , bila habis majlis tengok2 semua dah tak ada. Bagus juga semua habis..
    Alhamdulillah semua dah selamat. Pengantin pun dah balik nak mula kerje. Mudah2an jodoh berkekalan hingga akhir hayat. Amin

  1. ... on August 4, 2009 at 9:41 PM