Selamat menyambut bulan Ramadhan. Esok umat Islam di Malaysia akan mula menjalani ibadah puasa.

Semoga tahun ini akan menjadi bertambah baik dari tahun sebelum nya.

Selamat hari jadi untuk anak ku Normaizura yang menyambut hari lahir ke 29 pada hari ini.
Semoga sihat dan jadi wanita solehah ,taat pada suami, menjadi ibu yang penyayang pada anak. anak yang baik pada kedua ibu bapa dan juga kedua ibu bapa mertua. Berjaya dalam cita cita dan kerjaya.


Hari ini masuk hari ke 5 aku dan Yana menjaga Zara yang tak sihat. Tapi hari ini dan semalam dah bertambah baik. Minum susu dan makan pun dah bertambah ,alhamdullah. Nampak ketara perubahan Zara dari lemah tak bermaya ,sekarang dah cergas.

Kakak ku yang sakit tempoh hari pun dah disc dari hospital. Sekarang kakak ada di Melaka rumah anak nya.
Kakak pun dah semakin sihat . Alhamdullah.

Pagi tadi ada berita sedih yang di terima, iaitu suami pada seorang kawan ku meninggal dunia.
tempoh hari jiran setama tempat ku tinggal meninggal dunia .
Hanya Alfatehah yang dapat ku sedekahkan kepada roh mereka, dan semoga ditempatkan bersama orang2 yg beriman.

1 comments:

    armanshida said...

    Salam Mok Su..Awat tak update blog ni..Salam Aidilfitri buat Mok Su sekeluarga..taun ni tak dapat menziarahi ...sebb nye...Kita juauuuuhh..beraya pun sorang ..sedih...
    Dikesempatan shawal yang mulia ni..man nak mintak maaf seandainye ada terkasar bahasa dan terlajak kata..sampaikan salam pade Pok su..
    Salam dari perantau di Libya
    Maman yg comel..

  1. ... on September 30, 2009 at 2:29 AM