Hari ni 12 shawal. Cepat nya masa berlalu.Macam macam cerita ada ,sebelum raya, selepasas raya.
Ada cite gembira, cite sedih, cite yang mengejutkan jantung pun ada.

Cerita baju raya yang tak sip pun ada ,ia lah konon nak hantar tailor baru, last2 yang di rancang semua tak jadi.
Aku yang dah senja ni tak ralat sangat kalau baju tak siap, tapi sian kat anak aku. Suroh beli yang ready made tak nak, akhir nya raya pertama dan raya kedua Yana pakai baju yang sama ! sian dia.

Ini cite kueh raya lak, aku memang la buat kueh sikit tahun ni, sebab partner tak sihat, mood pun hilang.
Petang sebelum raya tu sibuk menyiapkan blueberry cistart utk kawan anak. Bukan nya banyak mana pun, tapi sebab rumit nak buat sampai nak patah pinggang di buat nya.Akhir nya siap juga

Duit raya ni biasa nya husband yang siapkan. Bayangkan anak2 memasukkan duit raya dalam paket semasa dalam perjalanan balik kampung Kesang.Nasib baik ada mereka yang tolong kirakan berapa ramai anak2 sedara yang patut dapat duit raya. Ia lah sebab umor masing2 berbeza beza, jadi onkos nya pun berbeza !

Kisah rumah terbuka ni, aku memang tak buat. Biasa nya tiap tahun, raya ke3, adik2 suami akan datang beraya. Tapi tahun ni,mereka datang pada hari raya ke2.
Jadi plan balik kampung aku di Rengit pun bertukar pada sebelah petang. Memang best bila ramai2 datang kerumah !
Raya ke3 anak buah dari Rengit datang. Ini lagi ramai sebab ada cucu cucu sedara yang kecil kecil. Terasa dah tua diri ini. Suka tengok gelagat dia orang beraya.
Bukan senang nak jumpa setahun sekali kan !

Raya kali ini anak2 semua ada. Rasa gembira sangat bila berkumpul ramai2. Lebih2 lagi tengok 3 orang cucu ku yang sedang membesar. Cute sungguh !



10 syawal, kami sekeluarga menerima berita yang memeranjatkan, anak saudara yang di Melaka meninggal dunia. Tuhan lebih menyayangi dia.Al -fatehah buat Muhamad Arif.
Semoga keluarga Azman tabah menghadapi dugaan ini.

0 comments: