hari lahir

syukur alhamdullah, hari ini meningkat setahun lagi usia yang .......

sedih, terharu, takut, semua nya ada dalam hati ini.

sedih dan takut sebab dah sampai kepenghujung senja hidup ini, yang kita tak tahu bila2 saja akan di jemput NYA.

Takut, sebab mengingatkan amalan2 yang tak seberapa yang telah di buat untuk bekalan menghadapi NYA. Sebagai hamba nya kita hanya mampu berdoa dan beramal sebaik mungkin agar di terima amalan kita.

Terharu dan rasa sebak , sebab semalam,2hb ogos ,anak2 ku telah bersusah payah meraikan sehari lebih awal hari lahir ku. Mereka telah sepakat memasak untuk lunch. kami makan bersama sama dalam suasana yang cukup santai.

kasih sayang dari mereka, menantu ,cucu cucu, dan yang suami tercinta ada lah hadiah yang amat bernilai bagi diri ini.

Tiada kata yang dapat ku ucap kan ,selain mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih di beri kesempatan meraikan hari yang penuh bermakna bersama keluarga.

Terima kasih anak anak. Mak sentiasa mendoakan kamu semua supaya sihat ,murah rezeki, dan yang dah berkeluarga, agar berkekalan hingga akhir hayat dan mempunyai cucu cucu yang sihat dan cerdik.

Jangan lupa sentiasa mengingati allah ,mendirikan solat, walau sesibuk mana pun kita.

Allah sentiasa murahkan rezeki hamba nya, jika kita sentiasa ingat pada nya.

IBU BAPA jangan di lupa, kerana mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan anak anak setiap detik dan ketika.

Sekali lagi terima kasih pada suami tersayang, uda ,mai, rai, wan, yana, shahrul, nazrul, dan cucu cucu yang comel, zarif , nasya dan zara. Moga Allah berkati hidup kamu semua.

5 comments:

    Chenta said...

    Selamat Ulang Tahun Mok Su...

  1. ... on August 3, 2009 at 8:51 PM  
  2. Tok Zu said...

    Linda, thanks. bila tengok cucu sendiri dan cucu sedara semakin besar, terasa dah jadi nenek,ha..ha..
    cepat nya masa berlalu.

  3. ... on August 3, 2009 at 11:00 PM  
  4. Atuk said...

    selamat ari jadi, semoga sihat selalu, supaya terus dapat buat kuih lagi. Panjang umur murah rezeki

  5. ... on August 4, 2009 at 9:43 PM  
  6. Liyana said...

    happy besday mak.hadiah nanti yana postpone.hehehehe

  7. ... on August 4, 2009 at 9:47 PM  
  8. Tok Zu said...

    atuk : t.kasih.
    insyallah,amin !

    yana :tak da hadiah tak pa..janji tolong wat keje rumah !

  9. ... on August 4, 2009 at 11:24 PM