tragedi

Akhir nya apa yang kami bimbang selama ini berlaku !

Petang Jumaat yang lepas kami pulang ke Kesang ,sebab my FIL tiba tiba pening kepala.
kami bertiga smapai lebihkurang jam 8.30 malam.
sebelum tu kami sempat pekena me bandung n kueteow goreng kat Muar.

Kami bawakan juga me hoon sup utk kedua mertua ku, tapi biasa la alasan yang di beri, mereka dah makan. Kadang kadang tak faham juga ya cara mereka, jamah lah sikit apa salah nya kan. last last yang makan yana la. nak menggemokkan badan !

Malam tu ok aja FIL aku. Pening dia dah hilang. Tapi sempat dia bersyarah kat hubby akan hal.....
nasib baik aku dengar sikit aja, sebab tiba aja aku terus solat isyak n qadha solat magrib.
Kami dengar n dengar aja.... no comment!
silap cakap atau menyampuk parah di buat nya.

Yana biasa la ,memerap kat bilik, takut juga kena leter.

Esok pagi ,semasa breakfast ,my FIL mengadu pening lagi.so kita rancang membawa nya keklinik semula. sebelum tu suami ku kepasar bersama Yana, sebab FIL kata nak makan rojak.

Aku sebenar nya tak berapa pandai bab rojak rojak ni. tapi cuba juga utk memenuhi keinginan nya . Semasa makan, sempat dia tanya ,ni rojak apa? aku terkejut juga, dlm hati tertanya tanya ,tak sedap ke? aku jawab ,rojak petis. MIL aku kata lain orang lain cara buat nya. kata nya lagi, ada yang letak bijan, keledek. Oh ..itu asmara rojak ..suami ku sibuk jawab . eh..asma rojak la ,aku membetulkan cakap nya. Alahai FIL , cakap la awal awal ,senang aku buka internet. kebetulan Yana ada bawa BEROK band ! dia , TAPI VERY VERY SLOW. Apa apa pun satu bab dah lepas.

Lepas balik dari klinik my FIL nampak ok sikit. Rupa nya kat kelinik pun dr. yang merawat nya kena marah! Selalu nya dr. yang marah pesakit sebab tak makan ubat!
Petang tu dia suroh kami balik cepat.
Pagi Ahad,selepas solat suboh ,tel. berdering,hati aku dah berdetik, ada apa apa ke ?

Kedengaran suara MIL aku tersekat sekat , bak tak bolih bangun, kepala dia berpusing pusing !
Aku beritahu MIL supaya tenang, jangan gelabah, suroh kedua nya relax ,hingga kami sampai. Aku jga suroh dia watkan susu utk FIL.

Dalamasa yang sama aku menyiapkan pakaian suami, sebab dia solat kat mesjid pagi tu.
Kebetulan uda ada kat rumah aku.

Jam 7 suamiku balik dari mesjid, n tanya aku, nak kemana ? aku relax aja beritahu apa yang berlaku. Masa tu tel. berdering lagi, kali ni hubby pula yang jawab, dia macam terperanjat...
Rupa nya MIL pula jatuh ,semasa nak buka gate.

Kami bergegas balik dengan penuh debaran...semasa dalam perjalanan aku sentiasa berdoa semoga kami selamat sampai ...sebab faham aja ..macam macam bolih berlaku , samada kami atau yang di sana.

Sempat beli nasi lemak ,dan syukur alhamdullah ,my SIL yang di Melaka dah sampai dahulu.

FIL sedang dok tersandar sambil memejamkan mata,yang kesian MIL, dengan lutut bengkak, ibu jari kaki kanan luka berdarah, dua tapak tangan luka, n sakit di bahagian rusok. Kami bimbang kalau MIL mengalami fracture di mana mana anggota nya. Nasib baik dia bolih bangun n berjalan.
Kedua nya di bawa kehospital.
FIL kena admit kat hospital ! kesian dia, tapi tak apa ,mudah mug=dahan cepat sembuh.
Aku di rumah memulakan operasi memasak bersama biras aku yang baru sampai dari JB. Aku tak masak, tolong tengok aja ha...ha... biras aku ni pandai masak macam macam ..
Kalau tidak, hari sabtu aritu dia dah masakkan LAKSA JOHOR utk FIL. sebab turn dia balik, tapi atas sebab sebab yang dia sendiri pun tak faham dan kami pun confuse..mereka tak jadi balik !
tapi akhir nya balik juga ! kesian dia orang , dan anak nya tu lah yang stay kat Kesang jaga mereka. Tuhan tu maha kaya , orang yang kita marah marah tu la yang jaga masa kita sakit.
Harap kita tak macam tu bila dah tua ..eh... dah tua pun ... moga jadi panduan dan iktibar .

Dengan cucu cucu pun kita tak bolih pilih kasih , mesti sayang sama rata.

Bila kita sakit nanti, cucu pun tak nak duduk jaga kita.

Mesti ada belaian kasih sayang pada cucu cucu, sebab kekadang mereka sesekali balik nak manja manja, tapi asyik kena ceramah, itu tak bolih , ini tak bolih. Masa kecik kecik dulu, pernah mereka tinggal kat kampung dengan sepupu yang lain, ada lah seorang tu tertendang bola kat cermin tingkap, pecah ! apa lagi , marah , siap soh ganti ! ada ke patut ! masa tu budak budak kan , memang la lasak ! ish ! tak faham ! Sekarang mereka semua dah besar, tapi kenangan pahit semasa kat kampung tetap di ingat, apa apa pun kita sebagai ibu bapa kena sentiasa mengingatkan mereka supaya jenguk jenguk atuk mereka tu walaupun tak berapa mesra.

Harap FIL cepat sembuh n keluar hospital segera, sebab Sabtu ni ada khenduri di rumah nya, mudah mudahan ! semoga semua nya dapat berkumpul, buang yang keruh ambil yang jernih !

1 comments:

    Atuk said...

    Untung Latif masih ada emak n bapak walau pun dah tua dan tak sehat. Inilah masa untuk buat pahala banyak2.
    Bila tengok hal kau sekeluarga rasa sedih pulak sbb aku tak dapat rasa macamana anak2 aku besar bersama bapak dia.

  1. ... on June 25, 2009 at 5:44 PM