Ahad 7 June berlansungnya majlis perkahwinan anak saudara ku. Anak kakak yang bongsu.
majlis nya sungguh meriah. sebelum pengantin bersanding hujan turun dengan lebat nya.
sekurang kurang nya meredakan kami yang dalam kepanasan .

Dalam majlis begini la baru kami jumpa saudara mara yang dah lama tak jumpa. anak saudara yang dah beranak penak ,dan mak dan bapa saudara yang dah berusia,termasuk lah aku.

Hanya seorang aja abang ku yang datang. abang no 2 menghadiri perkahwinan cucu nya diPerak.
abang sulong tak datang,tak tau kenapa. masa ni lah kami bertanya kabar berita, sihat ke .
semua adik beradik perempuan ku ada. Memang kami yang perempuan aja yang selalu tak miss.

Aku pun tak tolong apa apa. cuma sama sama meraikan majlis sahaja, sebab anak anak kakak ku pun dah besar ,termasuk cucu nya pun dah bolih buat kerja.

Tapi ada sesuatu telah berlaku selepas majlis persandingan selesai. apa kah itu?
baca lah kat blog rai!



ini lah pengantin nya. isteri nya orang Kedah
yang berdiri kat belakang tu anak anak kakak kakak ku dan juga anak abang ku yang kat KL


ini pula kakak aku yang kat Pontian. eh ! berkaraoke pulak dia !
jangan lupa lirik ya.


ini anak anak ku yang ikut. wan pun ada,dia yang ambil gambar! mai tak dapat datang sebab dia ke Perak


ini meja makan beradap.


aku dan 2 orang kakak n seorang emak saudara.



bersama kakak dan anak saudara yang kat KL.



kami 4 saudara, yang seorang lagi kakak belum sampai .

0 comments: