Kini dah hampir bulan April. Pejam celik, dah nak masuk setengah tahun. Cepat nya masa berlalu !
Macam macam perkara telah berlaku dalam dunia yang serba mencabar ni .
Yang nak kahwin, bertunang,nak bercerai,nak kahwin lagi,tak jadi kahwin,buang anak ,nak anak,
berebut kuasa,rasuah,dadah,kes bunuh,kemalangan jiwa,dan macam macam lagi, yang kalau di fikirkan memang sesak nafas di buat nya.
Sejak beberapa minggu ni,bila hujung minggu,aku dan suami agak sibuk menghadiri beberapa majlis perkahwinan kawan2 lama dan juga saudara mara.
Kadang kadang lucu juga bila kita pegi kemajlis kenduri ni,dari jauh dah nampak warna kemah nya, merah ,biru,kuning. Sah ! kalau kemah merah,pengantin nya mesti pakai baju merah. Dari mak,ayah,adik beradik,cucu semua nya merah !
Dulu kita orang pun mcm tu juga ! Tapi teringat pesanan pereka pakaian terkenal RIZALMAN,pernah berkata,kalau pakaian pengantin nya dah kuning ke biru ke,yang mak ,ayah ,adik beradik ,cucu cicit ,khemah nya tu pilih lah warna lain ! nanti pengantin nya tenggelam tak nampak ! nampak khemah aja.
Tapi tu lah ya,dah masing masing suka ,kita tengok aja.
Oh ya, pada 3,4,5,dan 6 hb. ni, kami akan ke Perlis menghadiri majlis konvo Yana di Polyteknik Perlis yang dah tertangguh sejak bulan Oktober tahun lepas !. Doakan kami selamat pergi dan balik.
Ini cite bab kueh pula,aku masih meneruskan aktiviti kesukaan ku,membuat kueh jika ada tempahan ! isi masa lapang aja. Minggu lepas aku dan kawan sepencen,telah pergi belajar membuat muffin di satu kedai bakeri di Batu Pahat.Sebenar nya muffin ni aku dah tahu, tapi saja nak jumpa kawan kawan baru.
Aku pun dah janji dengan kakak nak pergi belajar mengaji yang asyik tertangguh aja ni. Insyallah.ok sampai di sini dulu, bye !
Labels: apa apa aje
-
-
Safe and Sound6 days ago
-
Apa itu Kahwin? Part 1: Lelaki2 weeks ago
-
.. Jaket and tipahh tertipu lagiii ....1 month ago
-
Pindah blog11 months ago
-
-
cerita mengarut2 years ago
-
2010 - a good start2 years ago
-
Loose Base Tin & Springform Cake Pan4 hours ago
-
-
LEMON SPONGE CAKE9 hours ago
-
Demo Masak d Brunei17 hours ago
-
Kek Coklat Puding Karamel1 day ago
-
PULUT MANGGA1 day ago
-
-
-
Bubur Pulut Hitam1 day ago
-
KELAS CHOC & VANILA CISKEK1 day ago
-
my little princess2 days ago
-
-
BUTTER BREAD PUDING6 days ago
-
-
jadilah....................1 month ago
-
My Homemade...Truffle2 months ago
- apa apa aje (1)
- bahagia (1)
- baking (1)
- delima keluarga (2)
- di celah kehidupan (1)
- dicelah kehidupan (1)
- Hari Lahir (1)
- hobi (1)
- kehidupan (1)
- keluarga (5)
- kenangan lalu (1)
- Luahan rasa (1)
- macam macam (2)
- Majlis Perkahwinan (1)
- majlis pertunangan (1)
- order (2)
- renungan (1)
- rewang (1)
- sakit (1)
- sembang sembang (2)
- tanggongjawab (1)
4 comments:
LiNda said...
Mok su..
Betul . Kita kena buat apa yang kita suka, barulah nampak hasilnya .
Apapun, jaga kesihatan tauu..
Tok Zu said...
thanks Linda,mcmana business baru?
bagi la kita nama blog business tu ya.
LiNda said...
Alhamdulilah....
So far, so good !
Nama blog baru .. kecantikkanalami.blogspot.com
or
Mok Su klik sahaja di MahkotaDewa dalam blog kite .
Atuk said...
Minggu depan ni bolehlah ikut mengaji. Aku balik Jumaat ni.