anak anak

Bertemu kembali.Lama juga aku tak menulis di ruangan ini.
Sebenar nya dah malas nak menulis, tapi hari ni ada mood sikit.
Macam macam perkara berlaku sejak akhir ini. Aku baru saja baik dari sakit. Agak seminggu lebih juga aku sakit. Sakit biasa aku ,batok dan demam.Seminggu tu juga lah aku tak ke dapur,memasak. Dan lama juga tak buat kueh kueh kesukaan ku.
Nasib baik anak yang bongsu ku, Yana ada di rumah, jadi dia lah yang membantu aku selama aku sakit.
Akhir minggu lepas,anak yang kedua ,Mai balik. Riuh seketika rumah dengan suara cucu cucu ku,Zarif,Zara dan Nasya.Terhibur juga melihat gelagat dia orang.
Melihat mereka semakin membesar,teringat aku masa anak kecil kecil dulu.Rasa cepat masa berlalu.
Bukan senang nak membesarkan dan mendidik anak anak ni,dari masa mereka kecil hingga meningkat remaja. Menghantar ke pusat pengajian tinggi,kemudian yang dah berumahtangga pula dah pun punya anak.
Perangai anak anak pula macam macam .Kita sebagai ibu pula kena pandai memainkan peranan mendidik mereka,menasihati ,apa yang baik dan tak baik.
Di akhbar akhbar sekarang macam macam cerita yang di paparkan. Anak remaja yang lari ikut
teman lelaki, anak yang tinggalkan orang tua di tengah jalan,anak yang melawan ibubapa,dan macam lagi.
Aku sentiasa berdoa moga semua anak anak ku menjadi anak yang sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapa nya, menghormati ,dan akan sentiasa mendengar nasihat nasihat dari ibu bapa,walaupun kadang kadang mereka ada kala nya tak setuju dengan cara kami menasihati.
Kadang kadang ada setengah anak anak ni baru menyesal bila kedua dua orang tua dah tak ada.
Masa tu,baru teringat,dulu mak cakap macam ni,macam tu,tapi itu memang lumrah anak zaman sekarang agak nya.
Sebenar nya kasih sayang ibu bapa pada anak mereka,tak pernah berakhir,walaupun mereka dah berkahwin.
Susah senang mereka sentiasa di ambil berat.
Untuk semua anak anak ,ingat lah walau jahat mana orang tua kamu,tapi mereka tetap ibu yang melahirkan kamu semua,begitu juga bapa,mereka lah yang berhempas pulas bekerja mencari rezeki untuk membesarkan anak anak,yang mana kadang kadang ada yang dah bersara pun bekerja semula ,demi anak anak. Renung renung kan lah.

1 comments:

    !Nt4N said...

    moksu, sedih entry ni..bila da ada anak ni baru la sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..kalo la dapat kuundur masa, kita nak tebus segala kesilapan lampau..

  1. ... on June 1, 2010 at 10:11 PM