Hari ini 14hb Feb. Tahun Baru Cina.Hari cuti umum satu Malaysia.


Lepas solat suboh, aku dan suami juga wan bertolak ke Melaka untuk menghadiri majlis pertunangan anak saudara(sebelah suami). Kami tiba di rumah adik ipar di Taman Merdeka jam 9pagi. Selepas sarapan yang di sediakan olih keluarga adik ipar,kami semua bertolak ke Kampung Morten, iaitu rumah bakal tunang anak saudara tu.

Aku tak pernah sampai kesini, memang cantik kawasannya. Ia merupakan salah satu kawasan pelancongan negeri Melaka. Rumah di mana majlis berlangsung betul-betul berhadapan sungai Melaka. Pemandangan sungguh cantik, dimana nampak bot sedang melayari sungai Melaka dengan membawa pelancong dalam dan luar negeri.


Pertama kali dalam sejarah, aku di tugaskan untuk menyarungkan cincin ke jari bakal pengantin.
Terkejut juga bila bapa mertua suruh aku, yalah dah jadi yang paling tua la katakan. Majlis berjalan dengan pantas, walaupun ada sedikit ketegangan, tapi dapat di atasi dengan sabar.


Sempat juga aku mengabadikan kenangan di depan sungai Melaka yang begitu cantik dengan pemandangannya dan angin yang begitu nyaman.

3 comments:

    !Nt4N said...

    ye la moksu..bila la agaknya moksu nak sarung kat menantu pompuan sendirikan..

    hehe :)

  1. ... on February 14, 2010 at 11:52 PM  
  2. Sweet said...

    wahhhh. cantik nyerh. bestnyerh kampung nih. manyak syok.

  3. ... on February 15, 2010 at 12:37 AM  
  4. Atuk said...

    Itulah feri yang round sungai Melaka tu. Kau dah naik ke ? Kalau belum baik naik, best. Melaka memang best. Lepas tu naik Taming Sari pulak.

  5. ... on February 21, 2010 at 12:10 PM