Hari ini Rabu 20hb.Jan.
Pejam celik pejam celik,dah nak masuk bulan Feb.

Cepat betul masa berlalu. Terasa sunyi juga bila sorang2 ni,tapi cepat2 ku cuba hilangkan perasaan tu dengan membuat kerja kerja rumah dan membaca kitab kitab agama.
Sebenar nya kita yang perlu mengisi banyak masa yang terluang ni.Banyak aktiviti yang nak di buat .Cuma kadang kadang perasaan M sering datang.

Hari ni suami tak balik tgh.Tapi aku masak juga,kalau tak kelaparan lah jawab nya.

Semalam balik Muar,ikut suami bawa mak mertua fol up ke hospital Muar.Kesian suami ,sebab terpaksa 2kali ke hospital semalam,sebab nak ambil ubat semula. Masa tu dah kol 1 tgh,takut mak mertua ku lapar,tu yang cepat2 balik beli lauk. Pukol 2 dia pergi lagi untuk ambil ubat.
Lepas zohor ,kol 3.30ptg ,kami balik ke Batu Pahat semula. Penat !

Mudah2an apa yang kami buat ni jadi contoh untuk anak anak pula ,mudah2an.

Begini lah putaran hidup kita,yang tua akan pergi,di ganti pula orang muda.

Tapi walaupun akan ada pengganti ,kadang2nasihat dan teguran dari orang lama perlu di hormati,jangan pula di anggap sebagai penyebuk atau cuba nak mengajar,sebab pengalaman yang mematangkan kita. Jangan lah jadikan setiap teguran tu menyusahkan hidup kita pula ,hingga kita rasa tertekan !

2 comments:

    sisdee said...

    salam moksu..x pe..tiap apa kita lakukan kalau ikhlas..insyaallah akan dibalas baik gak...:)

  1. ... on January 20, 2010 at 4:58 PM  
  2. Liyana said...

    xpe nanti yana balek.mak kalau bosan bukak astro channel 303,channel korea yana selalu tgk tuh.huhuhu

    kalau bosan sile men internet.update blog tetiap hari tauuu

  3. ... on January 21, 2010 at 12:17 PM