Hari ini Rabu 20hb.Jan.
Pejam celik pejam celik,dah nak masuk bulan Feb.
Cepat betul masa berlalu. Terasa sunyi juga bila sorang2 ni,tapi cepat2 ku cuba hilangkan perasaan tu dengan membuat kerja kerja rumah dan membaca kitab kitab agama.
Sebenar nya kita yang perlu mengisi banyak masa yang terluang ni.Banyak aktiviti yang nak di buat .Cuma kadang kadang perasaan M sering datang.
Hari ni suami tak balik tgh.Tapi aku masak juga,kalau tak kelaparan lah jawab nya.
Semalam balik Muar,ikut suami bawa mak mertua fol up ke hospital Muar.Kesian suami ,sebab terpaksa 2kali ke hospital semalam,sebab nak ambil ubat semula. Masa tu dah kol 1 tgh,takut mak mertua ku lapar,tu yang cepat2 balik beli lauk. Pukol 2 dia pergi lagi untuk ambil ubat.
Lepas zohor ,kol 3.30ptg ,kami balik ke Batu Pahat semula. Penat !
Mudah2an apa yang kami buat ni jadi contoh untuk anak anak pula ,mudah2an.
Begini lah putaran hidup kita,yang tua akan pergi,di ganti pula orang muda.
Tapi walaupun akan ada pengganti ,kadang2nasihat dan teguran dari orang lama perlu di hormati,jangan pula di anggap sebagai penyebuk atau cuba nak mengajar,sebab pengalaman yang mematangkan kita. Jangan lah jadikan setiap teguran tu menyusahkan hidup kita pula ,hingga kita rasa tertekan !
Labels: keluarga
Selamat Tahun Baru 2010.
2009 telah berlalu.Tinggalkan kenangan pahit yang berlaku. Mulakan hidup baru,azam baru .
Syukur kepada Allah kerana masih di beri peluang meneruskan hidup ini.
Kepada anak anak ku semua ,teruskan hidup ini walau apa pun dugaan yang datang.
Ada orang lain yang lebih teruk dari kita.Sentiasa mendekatkan diri pada Allah,kerana Dia maha mendengar dan mengetahui.
Syukur kerana kita masih bolih bernafas.
Apa yang berlaku pada kita semua sepanjang 2090 ,mungkin ada hikmah di sebalik nya.
Berdoa ada lah terapi yang terbaik pada diri kita .
Jadi lah diri kita supaya lebih baik dari hari sebelum nya. Insyaallah ,ibu bapa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak anak nya.
Bermula minggu depan,kehidupan kami akan menjadi seperti sebelum nya,tinggal berdua lagi!
Tahniah Yana,sebab dah kembali semula meneruskan pelajaran,ingat ya ,ni bukan pergi SEKOLAH tau, dah masuk U.
SELAMAT TAHUN BARU!
Labels: keluarga
Manusia di jadikan Tuhan dengan bermacam ragam.
Ada kaya, miskin, cukup sifat,OKU,dan macam2 lagi.
Perangai manusia pun bermacam macam.
Ada baik,pemarah. penyabar,penyayang,dengki, iri hati dan macam macam lagi.
Kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini patut bersyukur dengan apa yang di kurniakan Tuhan kepada kita.
Ada orang langsung tak makan seharian,ada pula yang tak ada rumah ! Tinggal di hutan, ingat tak dalam keratan akhbar beberapa bulan yang lepas cerita manusia tinggal di hutan, bawah jambatan dll.
Sakit juga ada bermacam macam jenis. Sakit, jantung, sakit lutut, darah tinggi, darah rendah,cancer,sakit hati, hati sakit,dan macam macam lagi.
Tapi selagi kita masih bolih makan,minum,sembahyang,berjalan walaupun perlahan,kita patut bersyukur kerana Allah masih memberi peluang kita untuk hidup.
Cuma ada satu penyakit dalam dunia ini yang aku tak suka,iaitu penyakit busybody.
Kita ni kadang kadang ada cara kita sendiri untuk menjaga rumahtangga kita
.
Bila keadaan dalam rumah di wawarkan pada orang lain,rasa macam tak best kan !
Biarkan kami dengan cara kami ,asal tak melanggar hukum Tuhan.
Ini sekadar coretan saja,tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang dah tiada.
Labels: Luahan rasa
26hb Disember sebenar nya hari lahir suamiku yang ke 61 tahun. Selamat panjang umur,murah rezeki dan ditetapkan iman.
Kami meraikan bersama anak yang kebetulan balik bercuti sempena krismas.
Makan2 kat luar.Aku buatkan kek aja sebab hari ni ada 2 wedding yang kami kena pergi.
Apa apa pun memang enjoy !
Yana pula sponsor kek dari SR. Wah! kaya yana !
Ini la foto foto dan aksi yang sempat di ambil sempena hari lahir suamiku dan juga hari lahir Rai yang jatuh pada 20 hb yang lepas.
Homemade cake especially for hubby and everyone
Cake from SR fully sponsored by yana
Father and daughter
abah dia hp!!
Labels: Hari Lahir
Hari ni 3 anak ada kat rumah. Malam tadi kol 1 pagi wan dan Rai sampai dari KL.
Uda dan Mai pergi PD dengan mertua masing2. Yang ada ni yang bujang2 aja.
Breakfast tadi Wan n Rai belanja nasi lemak.
Menu lunch aku masak ayam masak padang.Sedap!
Petang tadi hujan turun dengan lebat nya.Tak dapat pergi rumah kakak kat Rengit.
Apa yang bolih di buat dalam hujan , so aku tidur untuk melepaskan penat.
Dinner aku goreng kue tiow, sebab lauk lunch tadi dah tinggal sedikit.
Dalam sibok menggoreng me teow, sempat aku membakar kek marble cis coklat untuk esok !
Esok ada apa ya ? tunggu !
OK .esok sambung cerita lagi ya !
Labels: sembang sembang
Lama dah tak update blog ni.
Hari ni ada mood sikit.
Siang tadi aku dan suami puasa sunat akhir bulan zulhijjah,dan esok insyallah sambung puasa sunat awal Muharram.
Agak letih juga hari ni kerana menyiapkan tempahan blueberry cistat oder dari regular customer aku.
Jenuh gak nak menghabiskan 200 biji cistart ni.
Apa apa pun rezeki jangan di tolak ! Tapi ni sekadar isi masa lapang aja.
Ada order aku buat,tak da ,tak apa.
Diam tak diam dah setahun masa berlalu.Banyak suka duka berlaku pada tahun ini.
Moga menjelang awal tahun Muharram esok ,mudah2an hidup kita di berkati Allah,sihat dan ditetapkan iman agar menjadi insan yang lebih baik dari semalam.Amin !
Untuk anak2, harap bertambah rezeki, lebih mendekati lagi diri pada Allah kerana Dia amat mendengar segala permintaan hamba nya.
Labels: order
Semua wanita yang telah menjadi ibu akan mengalami macam macam perangai anak anak.
Cuma anak anak aja yang kadang kadang tak mahu memahami naluri dan kasih sayang seorang ibu.
Seorang ibu akan sentiasa mendoakan anak anak nya ,walaupun anak anak nya membenci nya .
Tak pernah seorang ibu cuba membeza bezakan kasih sayang anak anak.
Dari kecil tapak kaki hingga anak anak meningkat dewasa, doa ibu sentiasa berada di bibir nya.
Mungin ada kala nya ibu ibu juga ada terlepas cakap pada anak anak ,yang pada anggapan mereka ,ibu dah tak sayangkan mereka lagi.
Seorang ibu juga ada membuat kesilapan, begitu juga anak anak.
Zaman sekarang ni memang amat mencabar untuk mendidik anak anak,terutama perempuan.
Untuk anak anak muda,fahami lah dan renungi lah,marah seorang ibu pada mereka semua ada lah kerana mereka sayang kan anda semua.
Ingat lah,ibu dan ayah semakin tua, esok lusa ,atau bila bila saja mereka akan pergi meninggalkan kamu semua. Tak kan ada orang yang akan berleter atau meamarahi kamu lagi .
Sebenar nya mereka amat memerlukan pertolonga anak anak bila mereka ada di sisi.
Jadi untuk anak remaja, begitu juga yang dah berkeluarga,ingat lah,setitik air mata ibu yang keluar, menjadikan mereka anak derhaka.
Kepada ibu bapa semua,mari lah kita sentiasa mendoakan moga anak anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah walaupun mereka membenci kita. Sama sama kita berdoa untuk kebaikan mereka. Amin !
Labels: delima keluarga
-
PRELOVED Snuggbaby Toddler SSC8 years ago
-
Alfatehah utk yang dikasihi...13 years ago
-
Past, Present, Future Tense13 years ago
-
Safe and Sound14 years ago
-
Pindah blog15 years ago
-
2010 - a good start16 years ago
-
-
-
-
Bawal Masak Asam Jawa3 weeks ago
-
PULUT KUNING HANTARAN5 weeks ago
-
Apam Tapai Nasi5 months ago
-
RESIPI KEK PAUN OREN2 years ago
-
Spaghetti Aglio Olio6 years ago
-
MAMA CARRIES7 years ago
-
Resepi Mee Kari yang sedap dan mudah7 years ago
-
BISKUT FLORENTINE7 years ago
-
-
HANTARAN9 years ago
-
Kek Frozen Elsa9 years ago
-
Berries Tart..New Produk & New Resepi10 years ago
-
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 201511 years ago
-
Ekspo Buku Islam 13 Putrajaya11 years ago
-
-
-
-
apa itu istidraj....11 years ago
-
Russian Black & White Chocolate Cake12 years ago
-
- apa apa aje (1)
- bahagia (1)
- baking (1)
- delima keluarga (2)
- di celah kehidupan (1)
- dicelah kehidupan (1)
- Hari Lahir (1)
- hobi (1)
- kehidupan (1)
- keluarga (5)
- kenangan lalu (1)
- Luahan rasa (1)
- macam macam (2)
- Majlis Perkahwinan (1)
- majlis pertunangan (1)
- order (2)
- renungan (1)
- rewang (1)
- sakit (1)
- sembang sembang (2)
- tanggongjawab (1)
About Me
Abd Latip n Zubaidah
Anak-Anak
Cucu Pertama-Mohd Zarif
Cucu Kedua-Nasya
Cucu Ketiga -Zara Afina




