blueberry cheese tart

assorted buns

soft marble cake

Terima Kasih kerana memberi sokongan.
:)

Baru siap masak. baru lepas lipat kain yang dah 2 bakul penuh. pada hal 2 orang aja yang pakai!

mak nak ucapkan terima kasih pada semua anak anak yang begitu perihatin pada mak yang dah menjelang senja ni.

mendengar suara kamu semua pada hari semalam membuatkan hati ini rasa bertuah memilikki anak anak yang sentiasa mengingati mak n abah. harap ia berkekalan sampai bila bila.

thanks pada kak uda yang bersusah payah,berpeluh peluh masakkan makaroni goreng berempah yang sedap tu.thanks to Shahrul yang menempah cupcake .

moga our family sentiasa diberkati allah. moga kamu semua sentiasa mendekatkan diri dengan tuhan. mudah mudahan. moga kamu kamu adik beradik sentiasa berbaik baik. jangan gaduh gaduh !
untuk yana, semoga berjaya seperti kakak dan abang kamu. selamat kembali dari Perlis cukup bulan ni. ada keja menanti di rumah . ha..ha...


soft marble cake (c&p dari dapur mak lang..)


blueberry cheese tart (1st time try buat..)


Ni lah hobi ku di masa lapang sejak bersara..so pada sesiapa yang baca blog ni dan terasa mcam nak oder, sila lah berhubung dengan aku...hehehe..gerenti sedap...;)

Ini sekadar renungan untuk semua anak anak tersayang.

seorang anak mengadu kepada nabi Muhammad(saw),mengatakan ayah nya telah mengambil harta nya.
si ayah telah dipanggil bersemuka dengan anak nya.
Jawap ayah, dulu semasa dia tak punya apa apa ,aku kaya.
dulu semasa dia lemah,aku kuat.
dulu semasa dia perlukan pertolongan ku ,aku sedia membantu.
dulu ibu nya berjaga siang malam membelai semasa dia dalam kesakitan.
Jadi salah kah dan tak ada kah rasa simpati anak anak jika ayah dan ibu memakai atau terambil harta anak anak apabila mereka berkemampuan dan kaya? dan salah kah jika ayah dan ibu yang semakin hari semakin lemah perlukan pertolongan dari mereka ?

Bila mendengar luahan hati si ayah tadi,nabi telah berkata pada si anak tadi, " kau dan harta mu adalah milik ayah dan ibu mu"

sekadar renungan sempena hari ibu dan hari bapa.

selamat hari ibu dan selamat hari bapa kepada semua ibu ibu dan bapa bapa.

hari ni aku dapat order wat kek marble dari kawan di Pakar 5.

sekali nak order 6 biji. lengoh tangan nak membuat nya.
tapi dia orang nak esok ,Friday.
baru dapat siapkan 3 buku.sebab petang ni ada kelas fardhu ain,tu yang pagi2 dah start buat.
Ini baru permulaan .tak tau macamana nanti. sebab ari tu saja saja bagi dia orang rasa.
penat sebenar nya kalau nak buat benda benda macam ni. tapi aku minat. yang malas nya part basuh pinggan la. kalau yana dah balik bolih la dia tolong tolong. malam ni sambung buat lagi.ni nak rehat lak.

hari ini aku nak rehat.
dah 2 hari duduk dalam kereta.
pagi sabtu pergi KL ada wedding anak saudara.
pergi rumah mai dulu. wan n rai dah sedia menanti. kemudian kami konvoi tengok lokasi rumah yang mai nak .... tu. lepas tu pgi kat kedai yang jual bahan2 buat kueh. crazy tengok! aku bli mana yang patut.

lepas tu baru ke Subang Jaya antar telor pindang.lepas membasahkan tekak, kami terus kerumah rai.( rumah sewa ). Memang security nya terjamin . sewa nya pun mengancam jiwa. rai,lepas ni kena ikat perut ketat2, ke puasa ke ( niat qadha puasa ramadhan)!malam pegi keluar makan.
best tempat nya. harga nya pun best. terima kasih mai, rai,sbb. belanja makan.yang penting dapat join sama2. kalau ada yana, kak uda n family, lagi seronok kan. tak pa ,nanti masa konvo wan ,kita makan sama2. tengok muka anak2 semua ,mak n abah rasa gembira. yang dah berumah tangga jangan gaduh2. yang bujang dan dara jaga diri baik2. cari harta banyak2 sementara masih muda. solat jangan dilupakan. sentiasa ingat ibu bapa.jangan buat perkara yang dilarang agama.jaga nama baik keluarga kita. insyallah,selamat dunia akhirat.