Ini sekadar renungan untuk semua anak anak tersayang.
seorang anak mengadu kepada nabi Muhammad(saw),mengatakan ayah nya telah mengambil harta nya.
si ayah telah dipanggil bersemuka dengan anak nya.
Jawap ayah, dulu semasa dia tak punya apa apa ,aku kaya.
dulu semasa dia lemah,aku kuat.
dulu semasa dia perlukan pertolongan ku ,aku sedia membantu.
dulu ibu nya berjaga siang malam membelai semasa dia dalam kesakitan.
Jadi salah kah dan tak ada kah rasa simpati anak anak jika ayah dan ibu memakai atau terambil harta anak anak apabila mereka berkemampuan dan kaya? dan salah kah jika ayah dan ibu yang semakin hari semakin lemah perlukan pertolongan dari mereka ?
Bila mendengar luahan hati si ayah tadi,nabi telah berkata pada si anak tadi, " kau dan harta mu adalah milik ayah dan ibu mu"
sekadar renungan sempena hari ibu dan hari bapa.
selamat hari ibu dan selamat hari bapa kepada semua ibu ibu dan bapa bapa.
Labels: renungan
hari ni aku dapat order wat kek marble dari kawan di Pakar 5.
sekali nak order 6 biji. lengoh tangan nak membuat nya.
tapi dia orang nak esok ,Friday.
baru dapat siapkan 3 buku.sebab petang ni ada kelas fardhu ain,tu yang pagi2 dah start buat.
Ini baru permulaan .tak tau macamana nanti. sebab ari tu saja saja bagi dia orang rasa.
penat sebenar nya kalau nak buat benda benda macam ni. tapi aku minat. yang malas nya part basuh pinggan la. kalau yana dah balik bolih la dia tolong tolong. malam ni sambung buat lagi.ni nak rehat lak.
Labels: order
hari ini aku nak rehat.
dah 2 hari duduk dalam kereta.
pagi sabtu pergi KL ada wedding anak saudara.
pergi rumah mai dulu. wan n rai dah sedia menanti. kemudian kami konvoi tengok lokasi rumah yang mai nak .... tu. lepas tu pgi kat kedai yang jual bahan2 buat kueh. crazy tengok! aku bli mana yang patut.
lepas tu baru ke Subang Jaya antar telor pindang.lepas membasahkan tekak, kami terus kerumah rai.( rumah sewa ). Memang security nya terjamin . sewa nya pun mengancam jiwa. rai,lepas ni kena ikat perut ketat2, ke puasa ke ( niat qadha puasa ramadhan)!malam pegi keluar makan.
best tempat nya. harga nya pun best. terima kasih mai, rai,sbb. belanja makan.yang penting dapat join sama2. kalau ada yana, kak uda n family, lagi seronok kan. tak pa ,nanti masa konvo wan ,kita makan sama2. tengok muka anak2 semua ,mak n abah rasa gembira. yang dah berumah tangga jangan gaduh2. yang bujang dan dara jaga diri baik2. cari harta banyak2 sementara masih muda. solat jangan dilupakan. sentiasa ingat ibu bapa.jangan buat perkara yang dilarang agama.jaga nama baik keluarga kita. insyallah,selamat dunia akhirat.
Labels: bahagia
tajuk macam cite kat tv aja.
aku dalam delima ni. nak ikut ke tidak esok.
esok my MIL ada fol up lagi .kali ni dengan my FIL.
tu yang dalam delima, ikut ke tak ikut.
tak sanggup dengar soalan2 maut dpd FIL.
ikut kena tahan telinga n sabar banyak2.
tak ikut, kesian my husband.dia pun dah nak kena flu.bulan ni dah ulang alik 3 kali.
tak apa. MIL punya pasal. asal dia sihat, hati pun senang.aku pun akan akan mengalami macam ni. kalau ada anak yang duduk sermah kan senang.
tinggal kat umah sorang2 pun ,kadang2 rasa bosan. tak da kawan nak cakap.
kalau ikut, boleh teman husband sembang2 dalam kereta.
nanti lah ku fikirkan lagi malam ni.
Labels: delima keluarga
ok ini cerita tak sedih. hari ni cuba masak ayam opor merah n bayam masak air dengan keledek. kata suami aku sedap. tapi tekak rasa tak berapa best. kalau pedas lagi sedap agak nya.
minum petang buat puding roti pulak. ini tengah mood rajin. kalau tak, makan biskut tawar aja.
bila ada ramai orang kat rumah,mood nak masak ada. ia lah selalu 2 orang aja yang makan.
lebih lebih lagi kalau cucu suka makan.
ini cite my husband lak. dia dah gemuk sekarang. aku yang tak gemuk gemuk. minum macam macam susu.susu weight gain lah,siap ada senarai diet untuk hari hari. tapi syukur alhamdullah,asal jangan sakit yang teruk . manusia ni kan tak pernah puas. yang gemuk nak kurus,siap sedut lemak. itu yang duit nya terlebih,tak tau apa nak buat.tapi yang pasti makan tu kena jaga. orang kata kena pantang,bukan pantang jumpa.so sesiapa yang dah kurus tu syukur lah ya.tapi jangan pula orang cakap kurus tak cukup makan, ke kurus sebab makan hati?
dan yang badan berisi pula,jangan rasa rendah diri pula, tapi pandai pandai lah bawa diri.
Labels: dicelah kehidupan
ini bukan cerita seram tu ya. ini pasal tegur menegur.
dalam hidup bermasyarakat ni,dan berjiran ni kita mesti saling tegur menegur antara satu sama lain.
kalau anak jiran tu nakal,kita nasihat.itu pun kalau dia bolih terima.
kalau kita nampak ada perubahan pada seorang yang kita kenal,contoh nya suami,kita tegur.
mcm my suami ni, berat badan dah naik! so kita tegur.tapi dia tak marah. senyum aja.cuma kena on diet la.
tapi tegur jangan sebarang tegur.ada orang tak bolih terima. silap haribulan kena penampar!
so berhati hati bila nak menegur. satu lagi tegur untuk kebaikan,e.g.kalau rumah bersepah! HA NI MEMANG KENA TEGUR.kalau rumah bersih n kemas ,sedap mata memandang.
satu lagi yang betul betul kena tegur,kalau tak sembahyang.ini wajib ditegur.
tapi ada juga yang bila ditegur terus merajuk. jadi kita kena lah nilai diri kita dalam kategori apa.
ok kita lupakan bab diatas. semalam balik muar. ambil darah ibu mertuaku.bukan dracula!
pagi tadi bawa darah tu g hospital BP.tapi aku tak masakkan ibu mertua lauk. sebab rasa termengah mengah bila pagi. masa last year tak rasa mcm ni sangat. tuhan aja yang tahu. tapi aku dah bagitau ibu mertuaku keadaan diriku.dia faham .rasa ralat juga. selasa ni mungkin balik muar lagi,sebab nak bawa kedua ibu bapa mertua g foll up hospital pula.tak tau nak ikut ke tak.
yang pasti suami tetap pergi.bolih ke anak anak ku buat macam ni pada kami bila sakit nanti? mudah mudahan.
Labels: macam macam
Lama aku tak menulis.sebab asyik salah aja.
kebetulan yana ada. so belaja semula ngan yana.
sedih sebab dia dah nak balik Perlis mlm ni. sunyi lagi.
akhir may nanti baru yana habis pengajian nya di sana. syukur alhamdullah.
pagi tadi uda n family pegi PD bawa zarif pgi berenang.
tengahari tadi anak saudara yang di KL datang . aku belanja beriani gam aja. buatkan cup cake carrot. riuh sekejap sebab dah lama tak jumpa.
sebenar nya dlm dunia yang serba mencabar sekarang,banyak benda2 yang kita tak fikir akan berlaku ,ingat dlm drama aja tapi berlaku dalam hidup seharian manusia.
ada manusia bila berjaya ,lupa pada asal usulnya. ada juga yang berhati mulia hingga kita bertambah rasa hormat pada mereka.
bila kita berada diatas,jangan lupa orang dibawah. allah sentiasa memerhatikan kita.
banyak mana pun harta yang kita cari,tanggongjawab pada NYA jangan diabaikan.
ibu bapa jangan sekali kali dilupakan.
anak yang baik ,ialah yang sentiasa mengingati dan menghargai ibu bapa nya.
Labels: kehidupan
-
PRELOVED Snuggbaby Toddler SSC8 years ago
-
Alfatehah utk yang dikasihi...13 years ago
-
Past, Present, Future Tense13 years ago
-
Safe and Sound14 years ago
-
Pindah blog15 years ago
-
2010 - a good start16 years ago
-
-
-
-
Bawal Masak Asam Jawa3 weeks ago
-
PULUT KUNING HANTARAN5 weeks ago
-
Apam Tapai Nasi5 months ago
-
RESIPI KEK PAUN OREN2 years ago
-
Spaghetti Aglio Olio6 years ago
-
MAMA CARRIES7 years ago
-
Resepi Mee Kari yang sedap dan mudah7 years ago
-
BISKUT FLORENTINE7 years ago
-
-
HANTARAN9 years ago
-
Kek Frozen Elsa9 years ago
-
Berries Tart..New Produk & New Resepi10 years ago
-
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 201511 years ago
-
Ekspo Buku Islam 13 Putrajaya11 years ago
-
-
-
-
apa itu istidraj....11 years ago
-
Russian Black & White Chocolate Cake12 years ago
-
- apa apa aje (1)
- bahagia (1)
- baking (1)
- delima keluarga (2)
- di celah kehidupan (1)
- dicelah kehidupan (1)
- Hari Lahir (1)
- hobi (1)
- kehidupan (1)
- keluarga (5)
- kenangan lalu (1)
- Luahan rasa (1)
- macam macam (2)
- Majlis Perkahwinan (1)
- majlis pertunangan (1)
- order (2)
- renungan (1)
- rewang (1)
- sakit (1)
- sembang sembang (2)
- tanggongjawab (1)
About Me
Abd Latip n Zubaidah
Anak-Anak
Cucu Pertama-Mohd Zarif
Cucu Kedua-Nasya
Cucu Ketiga -Zara Afina