Selamat menyambut Ramadan kepada semua umat Islam,semoga ramadan kali ini lebih baik daripada ramadan yang terdahulu.

Kepada semua anak anak yang tinggal berjauhan, sempena bulan ramadan ini,banyakkan membaca al quraan. Cari lah masa yang terluang untuk beramal ibadat.

Banyakkan berdoa dunia dan akhirat kerana kita tidak tahu mungkin ini Ramadan kita yang terakhir.
Kepada yang sudah berkeluarga,hendak lah sentiasa berbuka dan bersahur bersama keluarga.
Kemeriahan Ramadan akan lebih terasa bila kita makin dekat dengan allah.

Kepada yang masih ada ibu dan ayah,jika ada masa terluang,balik lah bertemu mereka ,kerana itu mungkin kali terakhir kita berbuka bersama sama.