Hari ini Rabu 20hb.Jan.
Pejam celik pejam celik,dah nak masuk bulan Feb.

Cepat betul masa berlalu. Terasa sunyi juga bila sorang2 ni,tapi cepat2 ku cuba hilangkan perasaan tu dengan membuat kerja kerja rumah dan membaca kitab kitab agama.
Sebenar nya kita yang perlu mengisi banyak masa yang terluang ni.Banyak aktiviti yang nak di buat .Cuma kadang kadang perasaan M sering datang.

Hari ni suami tak balik tgh.Tapi aku masak juga,kalau tak kelaparan lah jawab nya.

Semalam balik Muar,ikut suami bawa mak mertua fol up ke hospital Muar.Kesian suami ,sebab terpaksa 2kali ke hospital semalam,sebab nak ambil ubat semula. Masa tu dah kol 1 tgh,takut mak mertua ku lapar,tu yang cepat2 balik beli lauk. Pukol 2 dia pergi lagi untuk ambil ubat.
Lepas zohor ,kol 3.30ptg ,kami balik ke Batu Pahat semula. Penat !

Mudah2an apa yang kami buat ni jadi contoh untuk anak anak pula ,mudah2an.

Begini lah putaran hidup kita,yang tua akan pergi,di ganti pula orang muda.

Tapi walaupun akan ada pengganti ,kadang2nasihat dan teguran dari orang lama perlu di hormati,jangan pula di anggap sebagai penyebuk atau cuba nak mengajar,sebab pengalaman yang mematangkan kita. Jangan lah jadikan setiap teguran tu menyusahkan hidup kita pula ,hingga kita rasa tertekan !

Selamat Tahun Baru 2010.

2009 telah berlalu.Tinggalkan kenangan pahit yang berlaku. Mulakan hidup baru,azam baru .
Syukur kepada Allah kerana masih di beri peluang meneruskan hidup ini.

Kepada anak anak ku semua ,teruskan hidup ini walau apa pun dugaan yang datang.
Ada orang lain yang lebih teruk dari kita.Sentiasa mendekatkan diri pada Allah,kerana Dia maha mendengar dan mengetahui.

Syukur kerana kita masih bolih bernafas.

Apa yang berlaku pada kita semua sepanjang 2090 ,mungkin ada hikmah di sebalik nya.
Berdoa ada lah terapi yang terbaik pada diri kita .

Jadi lah diri kita supaya lebih baik dari hari sebelum nya. Insyaallah ,ibu bapa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak anak nya.

Bermula minggu depan,kehidupan kami akan menjadi seperti sebelum nya,tinggal berdua lagi!

Tahniah Yana,sebab dah kembali semula meneruskan pelajaran,ingat ya ,ni bukan pergi SEKOLAH tau, dah masuk U.

SELAMAT TAHUN BARU!