Pagi tadi selepas solat suboh ,aku terus mengeluarkan butter dari fridge. Sejak semalam aku dah beritau Huda n Yana nak buat surprise untuk abah dia. Nak buat kek coklat yang berkrim coklat dan dihiasi dengan buah strawberry. Ialah sejak kebelakangan ni aku rajin mencuba resepi2 dari internet.
Tapi betul kata orang, kita merancang , Tuhan menentukan. Semua nya berubah ! Selepas sarapan pagi tadi, kami menerima tel. dari Kesang mengatakan my FIL jatuh! Pening kepala dia datang lagi.
Nasib baik adik ipar ku masih ada di kampung. Kalau tak ..tak dapat kami nak membayangkan apa akan ierjadi !
Mereka berjaya memujuk FIL datang ke BP ! . Terima kasih Rashid n Juanis.
DAN... AKHIR...nya.. FIL...telah di masukkan ke hospital Pantai. Depan rumah aja. Lega...
Jadi dapat lah kami menjaga MIL yang juga tak sihat. syukur alhamdullah !

Itu lah cerita nya. Tak apa lah ,sekurang kurang nya anak anak ku yang tinggal berjauhan tak lupa menelephone ayah mereka , dan terima kasih Huda n Shahrul. Dan juga terima kasih Zarif yang menyampaikan hadiah dan yang juga telah membocorkan rahsia beli hadiah untuk Tok Tip dia dari malam tadi. TAK GENG LA ZARIF !

Akhir nya apa yang kami bimbang selama ini berlaku !

Petang Jumaat yang lepas kami pulang ke Kesang ,sebab my FIL tiba tiba pening kepala.
kami bertiga smapai lebihkurang jam 8.30 malam.
sebelum tu kami sempat pekena me bandung n kueteow goreng kat Muar.

Kami bawakan juga me hoon sup utk kedua mertua ku, tapi biasa la alasan yang di beri, mereka dah makan. Kadang kadang tak faham juga ya cara mereka, jamah lah sikit apa salah nya kan. last last yang makan yana la. nak menggemokkan badan !

Malam tu ok aja FIL aku. Pening dia dah hilang. Tapi sempat dia bersyarah kat hubby akan hal.....
nasib baik aku dengar sikit aja, sebab tiba aja aku terus solat isyak n qadha solat magrib.
Kami dengar n dengar aja.... no comment!
silap cakap atau menyampuk parah di buat nya.

Yana biasa la ,memerap kat bilik, takut juga kena leter.

Esok pagi ,semasa breakfast ,my FIL mengadu pening lagi.so kita rancang membawa nya keklinik semula. sebelum tu suami ku kepasar bersama Yana, sebab FIL kata nak makan rojak.

Aku sebenar nya tak berapa pandai bab rojak rojak ni. tapi cuba juga utk memenuhi keinginan nya . Semasa makan, sempat dia tanya ,ni rojak apa? aku terkejut juga, dlm hati tertanya tanya ,tak sedap ke? aku jawab ,rojak petis. MIL aku kata lain orang lain cara buat nya. kata nya lagi, ada yang letak bijan, keledek. Oh ..itu asmara rojak ..suami ku sibuk jawab . eh..asma rojak la ,aku membetulkan cakap nya. Alahai FIL , cakap la awal awal ,senang aku buka internet. kebetulan Yana ada bawa BEROK band ! dia , TAPI VERY VERY SLOW. Apa apa pun satu bab dah lepas.

Lepas balik dari klinik my FIL nampak ok sikit. Rupa nya kat kelinik pun dr. yang merawat nya kena marah! Selalu nya dr. yang marah pesakit sebab tak makan ubat!
Petang tu dia suroh kami balik cepat.
Pagi Ahad,selepas solat suboh ,tel. berdering,hati aku dah berdetik, ada apa apa ke ?

Kedengaran suara MIL aku tersekat sekat , bak tak bolih bangun, kepala dia berpusing pusing !
Aku beritahu MIL supaya tenang, jangan gelabah, suroh kedua nya relax ,hingga kami sampai. Aku jga suroh dia watkan susu utk FIL.

Dalamasa yang sama aku menyiapkan pakaian suami, sebab dia solat kat mesjid pagi tu.
Kebetulan uda ada kat rumah aku.

Jam 7 suamiku balik dari mesjid, n tanya aku, nak kemana ? aku relax aja beritahu apa yang berlaku. Masa tu tel. berdering lagi, kali ni hubby pula yang jawab, dia macam terperanjat...
Rupa nya MIL pula jatuh ,semasa nak buka gate.

Kami bergegas balik dengan penuh debaran...semasa dalam perjalanan aku sentiasa berdoa semoga kami selamat sampai ...sebab faham aja ..macam macam bolih berlaku , samada kami atau yang di sana.

Sempat beli nasi lemak ,dan syukur alhamdullah ,my SIL yang di Melaka dah sampai dahulu.

FIL sedang dok tersandar sambil memejamkan mata,yang kesian MIL, dengan lutut bengkak, ibu jari kaki kanan luka berdarah, dua tapak tangan luka, n sakit di bahagian rusok. Kami bimbang kalau MIL mengalami fracture di mana mana anggota nya. Nasib baik dia bolih bangun n berjalan.
Kedua nya di bawa kehospital.
FIL kena admit kat hospital ! kesian dia, tapi tak apa ,mudah mug=dahan cepat sembuh.
Aku di rumah memulakan operasi memasak bersama biras aku yang baru sampai dari JB. Aku tak masak, tolong tengok aja ha...ha... biras aku ni pandai masak macam macam ..
Kalau tidak, hari sabtu aritu dia dah masakkan LAKSA JOHOR utk FIL. sebab turn dia balik, tapi atas sebab sebab yang dia sendiri pun tak faham dan kami pun confuse..mereka tak jadi balik !
tapi akhir nya balik juga ! kesian dia orang , dan anak nya tu lah yang stay kat Kesang jaga mereka. Tuhan tu maha kaya , orang yang kita marah marah tu la yang jaga masa kita sakit.
Harap kita tak macam tu bila dah tua ..eh... dah tua pun ... moga jadi panduan dan iktibar .

Dengan cucu cucu pun kita tak bolih pilih kasih , mesti sayang sama rata.

Bila kita sakit nanti, cucu pun tak nak duduk jaga kita.

Mesti ada belaian kasih sayang pada cucu cucu, sebab kekadang mereka sesekali balik nak manja manja, tapi asyik kena ceramah, itu tak bolih , ini tak bolih. Masa kecik kecik dulu, pernah mereka tinggal kat kampung dengan sepupu yang lain, ada lah seorang tu tertendang bola kat cermin tingkap, pecah ! apa lagi , marah , siap soh ganti ! ada ke patut ! masa tu budak budak kan , memang la lasak ! ish ! tak faham ! Sekarang mereka semua dah besar, tapi kenangan pahit semasa kat kampung tetap di ingat, apa apa pun kita sebagai ibu bapa kena sentiasa mengingatkan mereka supaya jenguk jenguk atuk mereka tu walaupun tak berapa mesra.

Harap FIL cepat sembuh n keluar hospital segera, sebab Sabtu ni ada khenduri di rumah nya, mudah mudahan ! semoga semua nya dapat berkumpul, buang yang keruh ambil yang jernih !

Ahad 7 June berlansungnya majlis perkahwinan anak saudara ku. Anak kakak yang bongsu.
majlis nya sungguh meriah. sebelum pengantin bersanding hujan turun dengan lebat nya.
sekurang kurang nya meredakan kami yang dalam kepanasan .

Dalam majlis begini la baru kami jumpa saudara mara yang dah lama tak jumpa. anak saudara yang dah beranak penak ,dan mak dan bapa saudara yang dah berusia,termasuk lah aku.

Hanya seorang aja abang ku yang datang. abang no 2 menghadiri perkahwinan cucu nya diPerak.
abang sulong tak datang,tak tau kenapa. masa ni lah kami bertanya kabar berita, sihat ke .
semua adik beradik perempuan ku ada. Memang kami yang perempuan aja yang selalu tak miss.

Aku pun tak tolong apa apa. cuma sama sama meraikan majlis sahaja, sebab anak anak kakak ku pun dah besar ,termasuk cucu nya pun dah bolih buat kerja.

Tapi ada sesuatu telah berlaku selepas majlis persandingan selesai. apa kah itu?
baca lah kat blog rai!



ini lah pengantin nya. isteri nya orang Kedah
yang berdiri kat belakang tu anak anak kakak kakak ku dan juga anak abang ku yang kat KL


ini pula kakak aku yang kat Pontian. eh ! berkaraoke pulak dia !
jangan lupa lirik ya.


ini anak anak ku yang ikut. wan pun ada,dia yang ambil gambar! mai tak dapat datang sebab dia ke Perak


ini meja makan beradap.


aku dan 2 orang kakak n seorang emak saudara.



bersama kakak dan anak saudara yang kat KL.



kami 4 saudara, yang seorang lagi kakak belum sampai .

dulu




sekarang


hari ini hari mengemas rumah. sebenar nya banyak barang dalam rumah ini yang masih dalam bungkusan sejak kita pindah dari qrts.hospital tahun 2004. wah ! lama nya.

aku ada terbaca dalam satu majalah mengatakan jika barang barang tu kita tak pernah usik atau buka dalam masa setahun,makna nya barang barang tu tak perlu di simpan lagi dalm rumah. jadi satu persatu bungkusan di buka.
mana yang bolih di kitar semula kita kumpulkan,dan proses menghantar kekedai kitar semula tu ,diserahkan pada anak lelaki aku syazwan.

Tiba tiba suami ku memanggil ,aku ingat kot terjumpa duit yang tersembunyi ke,sebab kawan aku pernah terjumpa duit RM1000 semasa berkemas kemas tu lah! best kan kalau terjumpa macam tu. kata suami, RM 1 pun tak jumpa. ha ..ha..
nak tau apa yang kami jumpa? dalam bungkusan surat kabar tesimpan elok gambar gambar dalam frame anak anak ku semasa kecil. tersentuh hati aku melihat nya. patut lah tak jumpa jumpa , sebab gambar gambar tu tersimpan dalam kotak atas loteng wan yang dah macam stor tu!
masing masing teruja melihat gambar itu.

nah ini lah gambar gambar nya ! comel comel kan. tapi gambar yang pertama tu ,gambar masa mai n uda masa anak dara lagi.

gambar yang bawah tu baru saja diambil semasa konvo wan yang lepas.
cepat nya masa berlalu ! masing masing dah besar dan punya kerjaya tersendiri.
kenangan lama memang mengusik jiwa.

Plain Cupcake dibuat khas utk kakak aku. Semalam aku tolong dia sebab anak dia nak kahwin ahad ni. Anak bongsu dia.Aku pergi dgn mili dan yana.Banyak rupanya yang kena tolong.
aku cari kerja yang rengan aja. dah berusia ni tak larat nak buat kerja berat.
kami memasukkan cenderahati dalam bag2 yang telah di sediakan. ada 1200 bag semua nya. wah! mewah betul. tak pa la kan ,sebab ni utk majlis perkahwinan anak bungsu kakak aku.

biasa la rewanh kat kampung ,meriah .dengan gelagat cucu2 sedara yang bermacam ragam .
lebih kurang kol 5.30 petang kami berangkat balik BP.Masa tu kepala aku dah rasa berdenyut denyut ,sakit tak terkata. cuba tahan kan juga.
malam tu dah tak tahan .aku ambil 2 biji panadol. suami ajak makan luar pun aku tolak sebab dah tak larat.
hari ini operasi mengemas rumah ,sebab dah lama tak kemas. kebetulan wan ,rai, yana ada.jadi mereka sama sama bergotong royong membantu.
esok majlis perkahwinan sebenar akan berlangsung.