bila duduk sorang2 ni,teringat masa anak anak masih kecil.zaman persekolahan mereka.

pagi suami hantar g sekolah. bila dah berjaya masok IPTA pula.

bila dah kerja,lain pula cerita nya. mana yang dah kahwin busy ngan family masing2.

itu lah perjalanan hidup. aku hanya berdoa agar anak anak ku semua tidak melupakan kedua orang tua nya. sesibok mana sekalipun luangkan masa menelephone parents dikampong,seminggu sekali.

anak anak harus ingat ,ibu bapa rindukan suara anak anak yang tinggal berjauhan. SMS saja tak cukup.seperti kata alim ulamak,sayangi lah kedua orang tua kamu dan peluk cium mereka selagi masih hidup.bawa lah buah tangan bila sesekali pulang kekampung.campak lah 10 ke 20 rm sebagai ingatan. ibu bapa sentiasa mendoakan rezeki anak anak mereka.

sentiasa ada perasaan hormat dan sayang pada ibu bapa akan menjadikan hidup anak anak bahagia dunia ahirat.

hari ni masak nasi goreng aja. suami ambil off ptg.ada hal yang nak diuruskan.

suami kata ,nasi goreng lagi!bukan malas,nasi semalam lebih banyak.tak baik membazir kan.

sekarang dah musim hujan sebelah ptg.syukur sebab memang dah lama tak hujan.

aku ni risaukan kesihatan suamiku.tangan dia dah mula sakit semula. dr. dah nasihatkan untuk buat pembedahan. dia sebenar nya tak nak cerita kesakitan yg.dihidapi nya.sebab dia tahu kedua orang tua nya yang kat kampung amat memerlukan nya . semoga allah memberi kesihatan yang baik pada suami ku dan juga kedua ibu dan bapa mertua ku.

bila tinggal sorang ni ,teringat aku satu joke si zarif.suatu hari tok tip dia bli surat kabar utusan.
lepas tu nak bli new straits times dah habis.so atuk dia pun g la kedai lain.dia tanya ,tok tip nak bli apa? atok jawap nak bli surat kabar orang putih.nak tahu apa zarif kata? oh tadi tok tip bli surat kabar orang hitam ya.tok tip tak tahan nak ketawa. ialah budak budak ni dia sincere kan.

hari ni ahad, cucu kat Pt. Raja ada sini. zarif dah pandai bca fatihah,mula2 kata nya kat Pt. Raja aja boleh baca. pjuk2 baru nak bca. tghari tadi masak ayam korma,sambal udang.
tea time cuba buat muffin pisang. suamiku kata sedap. zarif pun ckp sedap. masa tengah rajin mencuba resipi baru.Dulu sebelum bersara, aku selalu ckp. ngan kawan2,nak buat kueh bila dah bersara. Tapi bila dok sorang kat rumah,nak buat kueh, sapa nak makan banyak2. so hujung minggu aja la dok mencuba. Lagipun kabinet tambahan dah siap,jadi lebih bersemangat nak kedapur.

Sekarang tiap hari khamis aku pgi kelas fardhu ain kat surau berdekatan. cuba campur dengan masyarakat setempat. persediaan untuk akhirat. umur pun makin pendek,mcm tali tape.
Mudah2an sentiasa menjadi orang yang beriman.ku harap anak anak ku semua pun begitu juga.








hari selasa lepas 17hb. ikut suami g blek Muar Bwa MIL fol. up hosp Muar. lama betul tak g

hosp. terlalu lama masa menunggu. baru ku tahu begitu besar pengorbanan suamiku selama

ini.


tolak wheelchair, pimpin MIL jika wheel habis, ambil ubat . pas tu g bli lauk.

jam 1tgh baru sampai kesang.


besar nya pengorbanan suamiku. hopefully semua anak anak ku dpt buat saperti itu.

mudah2an.

hari ni aku belajar semula tulis blog.dgn akak aku pesara guru tu.
terkial kial. YB la katakan. mak e terer tau.
suami kata, dah pandai jgn. tak nampak muka suami lak. ashik ngadap wat blog aja.
ini satu kemajuan. at least 2009 ni, dah ada achievement .
mak e dtg. anta baju utk pakai masa wed. mak anjang n uteh. dia org sponsor baju.
tak dpt nak posing baju sendiri.